8.9.11

Sambutan Aidilfitri 2011



Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 bagi warga sekolah telah diadakan pada hari Khamis, 8 September 2011 bermula pukul 11 pagi sehingga 12 tengahari. Jamuan guru pula dilaksanakan sebelum  jamuan murid. Ini untuk memberi peluang untuk guru memantau jamuan murid di dewan. Dengan pelbagai jaudah makanan yang amat menyelerakan sedia terhidang untuk santapan mulut. Jamuan ini diselang seli dengan persembahan pakaian paling anggun dan menarik tidak ketinggalan juga persembahan nyanyian oleh murid-murid dan guru-guru yang mempersembahkan pelbagai lagu raya.
Majlis ini berakhir jam 12.45 tengahari. Sebelum pulang, murid-murid dan guru-guru mengemaskan kembali dewan dengan bersih dan menyusun kembali kerusi dan meja yang telah digunakan.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog