24.1.15

Tahun baru 2015

Selamat menyambut tahun 2015, semoga semakin bersemangat dan berusaha sedaya mungkin meninggikan martabat dunia pendidikan di Malaysia.

Barisan Staf guru 2015

22.5.13

Sambutan Hari Guru

Majlis Sambutan Hari Guru 2013


Telah diadakan pada 16 Mei 2013 bersamaan hari Khamis. Pelbagai acara telah dijalankan dengan penyertaan para murid dan waris. Acara bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga pukul 12.30 tengahari. Pihak PIBG dengan kerjasama para waris telah menyumbang pulut kuning untuk semua warga sekolah.












25.6.12

Kejohanan Bola Baling Daerah

 Telah berlangsung pada 4 April bagi lelaki dan 6 April bagi perempuan. Kejohanan kali ini telah diadakan di Dewan Mahsuri, Padang Matsirat. Julung kalinya pemainan diadakan di dalam dewan bukan di padang bola seperti tahun-tahun sebelumnya.

26.2.12

Persaraan Cikgu Said



Majlis Persaraan Long Said

Tarikh : 9 Februari 2012
Masa : 10.45 pagi
Tempat : Dewan Anggun Bestari SKNC

Acara Majlis:
- Aluan pengerusi majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi Badan Kebajikan Guru
- Ucapan wakil murid
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan Yang Diraikan

18.1.12

Perjumpaan Waris Tahun 6 Kali Pertama

 Program perjumpaan bagi waris tahun 6 kali pertama ini telah diadakan pada 18 Januari 2012, jam 2.30 petang. Penolong Kanan Pentadbiran mewakili Guru Besar telah mengendalikan program ini dengan dibantu oleh guru-guru yang mengajar tahun 6. Beberapa agenda perbincangan telah dibentangkan untuk pengetahuan para waris yang hadir. Kehadiran para waris pada kali ini juga agak memberangsangkan.



3.1.12

Hari Pertama Persekolahan 2012

 Persekolahan tahun 2012 telah bermula bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Persekolahan yang bermula pada hari Selasa (3 Jan) ini memberikan semangat baru khususnya kepada murid yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Keceriaan dan keterujaan jelas terbayang di wajah masing-masing, sambil ditemani ibu dan bapa.

17.11.11

Sekitar Keputusan UPSR


 Keputusan UPSR 2011 yang diumumkan pada 17 November, menyerlahkan keputusan yang agak baik, namun berlaku sedikit penurunan pada peratusnya. Walaupun hanya seorang calon yang memperolehi keputusan 5A, tetapi kualiti calon yang lain juga agak baik dan memberansangkan. Pelbagai reaksi dapat dilihat pada hari pengumuman tersebut berlangsung. Sedih dan tangis silih berselang antara calon-calon kerana tidak mendapat keputusan yang sebagaimana yang diimpikan.

15.11.11

Bantuan RM100



Pemberian bantuan RM100 telah dilaksanakan pada 15 November 2011. Semua murid telah menerima bantuan tersebut melalui waris masing-masing. Guru Besar dalam ucapan ringkasnya telah memohon kerjasama para waris agar dapat membelanjakan duit tersebut dengan sebaik-baiknya untuk manfaat anak-anak masing-masing. Semoga dengan pemberian tersebut dapatlah meringankan bebenan perbelanjaan persekolahan yang akan bermula awal Januari 2012 nanti.




14.11.11

Jamuan Akhir Tahun Staf SKNC


 Badan Kebajikan Guru dan Staf telah menganjurkan majlis jamuan Akhir Tahun untuk semua staf SKNC 2011 bertempat di Awana Portomalai.Selain daripada menjamu selera dengan menu yang ditempah, pelbagai cenderamata juga telah disediakan untuk semua staf. Beberapa cabutan bertuah juga disediakan. Guru Besar juga telah melahirkan rasa bangga dan seronok dengan kejayaan penganjuran majlis tersebut. Dalam ucapan ringkasnya juga beliau berharap agar majlis sebegini dapat diteruskan untuk merapatkan hubuingan kerjasama dan kekeluargaan yang lebih erat di kalangan staf.

2.11.11

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Telah diadakan pada 1 November 2011, bersamaan 5 Zulhijjah 1432H
Perasmian oleh wakil PPD, Langkawi
Kehadiran sebilangan besar Pengetua dan Guru Besar sekolah berhampiran


Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog