6.12.10

Tahun Baru Hijrah

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1432H. Bertemakan tahun ini “1Malaysia 1Ummah” tentunya membawa satu perubahan kepada umat Islam di Malaysia. Semoga iman bertambah mantap, amalan bertambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan, seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini.

Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin.

Imbasan Aktiviti 2010

Antara beberapa rakaman imej pegun program sekolah yang telah selesai dilaksanakan sepanjang tahun 2010.



Team bola baling dan bola sepak sekolah


Menikmati minuman milo percuma


Kegiatan Kokurikulum setiap hari Rabu


Bestari Solat Tahun 1


Program motivasi murid tahun 6 bersama waris masing-masing.


Sambutan hari guru peringkat sekolah.


Gotong-royong Perdana


Lawatan ke Kilim Geopark


Ujian Pencapaian Tahun 5


Demi sukan, anakku dukung jua


Sambutan Aidilfitiri


Lawatan Anakku Sayang


Hari bertemu pelanggan sesi 1

Sehari AADK Langkawi bersama Prasekolah


Kem Akil Baligh

Perasmian Surau Al-Huda


30.11.10

Penyata Gaji Online

Guru-guru yang belum lagi membuat penyata gaji online bolehlah melakukannya mengikut panduan di bawah.

1. Klik pada lawan web akauntan negara di http://www.anm.gov.my. Laman di bawah akan muncul. Klik pada e-penyata gaji&laporan.

2. Paparan di bawah akan muncul. Klik pada "pertama kali mendaftar".

3. Lengkapkan segala maklumat di dalam borang yang dipaparkan dalam paparan di bawah ini. Klik "ok" setelah kesemua maklumat diisi selengkapnya.

4. Paparan di bawah akan memaparkan status pendaftaran. Klik penyata gaji - sendiri untuk semakan gaji anda.

Selamat mencuba jaya.

12.11.10

Cemerlang UPSR

Tahniah dan syabas kepada empat wirawati SKNC yang telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2010, Semoga SKNC terus TERSOHOR di persada kejayaan.
Nor Asyikin MansorSofiah HassanKhairatul FarhanaJuliza Azizan

11.11.10

Sekitar Keputusan UPSR


Sehari sebelum keputusan akan keluar, para guru masing-masing tidak senang duduk, memikirkan bentuk keputusan yang akan diterima. Bila tiba hari yang dinantikan ramai melebar senyum memanjat syukur. Boleh juga rupanya murid-murid SKNC pada tahun ini memahat sejarah baru. 4 orang 5A. Syabas dan tahniah kepada unit UPSR, Guru-guru tahun 6, para guru serta murid-murid yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk membentuk perubahan paradigma baru dalam perjalanan kejayaan.

8.11.10

Kem Bina Insan




Kem Bina Insan telah dijalankan selama 2 hari (Rabu & Khamis) bertempat di perkarangan sekolah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sebagai memenuhi program ini. Ianya adalah sebahagian program akhir tahun untuk murid-murid tahun 6.

1.11.10

Program Sekolah Selamat


Unit Sekolah Selamat dan Bimbingan telah menjalankan aktiviti Sekolah selamat yang melibatkan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan AADK Langkawi. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada warga sekolah tentang perkara berkaitan keselamatan dan pencegahannya.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pameran daripada Agensi Kesihatan, Bomba dan Penyelamat serta AADK Langkawi. Pihak Bomba dan Penyelamat juga memberikan ceramah berkaitan Pencegahan kebakaran di sekolah.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog