26.7.10

Nisfu Syaaban

Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Percubaan UPSR & Ujian Julai

Ujian bulanan Julai dan Percubaan UPSR bermula pada 26 Julai hingga 29 Julai 2010. Murid Tahap 2 akan bermula ujian pada 26, manakala Tahap 1 pula akan mula ujian pada 27 Julai hingga 29 Julai.

kamus Blogspot

24.7.10

Joom Pi Bendang


Wajah-wajah dan aksi tersendiri murid SKNC yang menyertai acara memikul anak pokok padi sambil berlari di dalam bendang. Acara ini diadakan sempena Program Joom Pi Bendang di Laman Padi yang bermula pada 23 dan 24 Julai 2010. Dua pasangan murid dari sekolah ini telah turut menyertainya. Pasangan Aiman Asnu telah berjaya memenangi acara pembukaan ini, Tahniah, Tahniah, Tahniah. Banyak dapat hadiah beras agaknya.

20.7.10

Kaktus SKNC


Inilah bunga kaktus yang begitu menarik dan cantik sekali, terbitnya dipagi hari, namun tak ramai warga SKNC yang menyedari. Takpe kalau ramai tahu nanti berebut la pulak. Mungkin letaknya yang bersebelahan tempat yang tak berapa elok jadi hadirnya seketika cuma. Ni la kali pertama dapat menatap rupa bunga kaktus di alam nyata secara real. Sebelum ni dah tengok tapi gambar je.

14.7.10

Ceramah Israk Mikraj


Program ceramah sempena Israk dan Mikraj diadakan pada hari Rabu 2 Syaaban 1431H bersamaan 14 Julai 2010. Penceramah jemputan yang menyampaikan ceramah tersebut ialah Ustaz Hj. Ahmad Kamaruddin b. Hj. Hashim dari SK. Seri Negeri. Program ceramah ini bermula jam 8.30 pagi hingga 9.45 pagi. Sepanjang program ini berlangsung beberapa soalan kuiz diutarakan kepada murid-murid dan beberapa hadiah diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab dengan tepat soalan yang dikemukan. Semua murid terlibat dalam program ini kecuali Prasekolah. Panitia Pendidikan Islam juga menyediakan beberapa soalan bertulis untuk dijawab oleh murid-murid.

9.7.10

27 Rejab

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.
Untuk penjelasan lebih lanjut sila ke klik di sini Peristiwa Israk dan Mikraj.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog