30.8.10

Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 22 Ramadhan 1431H bersamaan 1 September 2010
Hari : Rabu
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Anggun Bestari
Penglibatan : Semua warga sekolah
* Harap semua warga SKNC maklum mengenai majlis ini.

Merdeka

Pada 31 Ogos ini iaitu hari Selasa negara kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53. Tema pada tahun ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. Sudah tua rupanya usia kemerdekaan negara.
Sekolah juga akan bercuti pada 31 Ogos ini, iaitu pada hari Selasa bagi sama-sama merayakan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53 pada kali ini. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.

28.8.10

Selamat datang


Warga SKNC mengalu-alukan kehadiran guru besar baru En. Amran Ahmad yang mula bertugas di sini pada 16 Ogos. Semoga beliau selesa dan seronok bertugas di tempat baru ini. Kehadiran guru besar sememangnya dinantikan oleh semua warga sekolah untuk memimpin dan berperanan sebagai ketua dalam segala hal dan keputusan yang sebaiknya. Kehadiran beliau juga diharapkan memberi suntikan semangat dan anjakan paradigma para guru dan murid untuk lebih maju dan melonjak ke arah yang lebih baik, cemerlang, gemilang dan terbilang.

10.8.10

Ramadhan

Dengan sukacitanya Warga SK Nyior Chabang akan mengadakan satu majlis sempena kedatangan bulan Ramadhan iaitu :

Majlis Pelancaran dan Ceramah Sempena Ramadhan Al-Mubarak
Tarikh : 10/08/2010 bersamaan 29 Syaaban 1431H
Masa : 11.00 pagi
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Anggun Bestari

Tentatif Program
11.00 pagi : Semua warga sekolah berkumpul di dewan
11.15 pagi : Bacaan Al-Quran
: Doa
11.30 pagi : Uacapan PK Pentadbiran
11.45 pagi : Ceramah oleh Tuan Imam Masjid Kg. Nyior Chabang
(Ust. Ismail B. Nasih)
12.45 tgh : Bersurai

Kepada semua warga sekolah diharap dapat menghadirkan diri untuk bersama-sama mengimarahkan majlis ini. Harap maklum.

5.8.10

Hari Anugerah Cemerlang 2010



Dengan sukacitanya, SK Nyior Chabang akan mengadakan HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010 pada ketetapan berikut:

Hari : Isnin
Tarikh : 9 Ogos 2010
Tempat : Dewan Anggun Bestari SKNC

Perasmian oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Lembaga Pembangunan Langkawi (Langkawi Development Authority-LADA)

Harap semua warga sekolah maklum tentang program ini.

2.8.10

Team Bola Baling


Pasukan bola baling sekolah telah menyertai kejohanan Bola Baling MSSD Langkawi pada 3 Ogos dengan menghantar pasukan lelaki dan perempuan. Kejohanan kali juga akan diadakan bertempat di SMK Ayer Hangat. Pasukan sekolah telah dilatih oleh En. Baihaki Wahab bersama guru-guru bola baling yang lain. Latihan telah diadakan setiap petang selama lebih kurang 2 minggu yang lalu. Keadaan cuaca pada waktu petang yang kadangkala hujan menyukarkan latihan dijalankan secara berterusan. Dalam undian yang telah diadakan, pasukan sekolah lelaki dan perempuan termasuk dalam kumpulan A.

Pasukan perempuan hanya mampu seri
1-1 melawan SK. Selat Bagan Nyior, menang 2-1 menewaskan SK. Seri Lagenda dan tewas kepada SK Padang Matsirat pada game terakhir.

Manakala pasukan lelaki tewas kesemua perlawanan menentang SK. Seri Lagenda, SK. Kilim dan SK. Padang Matsirat.

Walaupun tidak mampu untuk melangkah ke suku akhir, namun semangat yang ditunjukkan oleh para pemain amat memberangsangkan. Tahniah dan syabas kepada para jurulatih dan juga para pemain, juga kepada semua guru yang memberikan sokongan padu kepada pasukan sekolah.

1.8.10

Minum Milo




Syarikat Milo Cawangan Langkawi telah bermurah hati memberikan minuman Milo percuma kepada semua warga sekolah.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog