27.9.09

Prasarana Sekolah


Sebuah Pusat Sumber yang ceria dan kondusif untuk menelaah pelbagai bahan sumber. Dengan ketekunan dan ambil berat guru media menjadikan pusat sumber ini ceria dan kemas. PSS ini juga dijadikan bilik untuk bermesyuarat.


Satu ruang pejabat guru yang dilengkapi dengan penghawa dingin, juga kemudahan internet tanpa wayar yang meliputi seluruh ruang pejabat ini. Para guru mempunyai sudut masing-masing sebagai tempat rehat selepas tamat kelas. Sebarang maklumat juga akan disebarkan bermula di sini. Dengan adanya pengurusan yang mantap menjadikan pejabat guru ini kemas dan ceria dengan susun atur meja dan kelengkapan lain yang teratur dan enak mata memandang.


Ruang kantin yang agak selesa untuk warga sekolah menikmati hidangan dan minuman pada waktu rehat dengan pelbagai aneka menu disediakan. Penambahan kawasan makan murid juga menjadikan kantin lebih selesa dan damai ketika menikmati makanan. Penjagaan kebersihan yang berterusan juga banyak menyumbang kepada keseriaannya.



Sebuah makmal komputer fasa 3 yang dilengkapi dengan kemudahan internet. Menempatkan 12 buah unit komputer. Sekolah ini juga telah dipilih sebagai sekolah angkat pihak GITN, dan terdapat seorang penyelaras PGS yang membantu sekolah dalam hal berkaitan software dan hardware komputer.



Sekolah ini baru sahaja mendapat sebuah bangunan surau yang disumbang oleh pihak LADA, yang pembinaannya siap dan boleh digunakan sepenuhnya pada tahun 2009. Pada tahun 2009 juga surau ini telah dicalonkan sebagai surau contoh sekolah negeri Kedah. Pegawai yang terlibat daripada JPN Kedah telah datang membuat pemantuan dengan melihat daripada pelbagai aspek. Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua warga sekolah telah berusaha sedaya mungkin untuk menjadikannya lebih berfungsi dan menyumbang manfaat kepada semua.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog