31.7.11

Salam Ramadhan 1432H

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya. Dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan buat semua umat Islam. Semoga puasa kita pada tahun ini menjadi puasa yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

10.7.11

Kejohanan Padang dan Balapan 2011





Kejohanan Olahraga kali ke-17, telah diadakan pada 07 Julai 2011, di Padang sekolah. Dimulakan dengan acara perbarisan para kontinjen rumah sukan. Setiap rumah sukan telah melengkapkan setiap peserta perbarisan dengan penuh bergaya.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog