30.6.10

Lambaian Terakhir

Numbered List
Hari ini, 30 Jun 2010, berakhirnya perkhidmatan Puan guru besar Che Sanah bt. Mohd Shariff sebagai seorang guru di Sekolah ini. Setelah berkhidmat dalam bidang pendidikan lebih kurang 34 tahun 5 bulan. Pihak sekolah dengan rasa kehilangan seorang pemimpin yang berdedikasi telah mengadakan majlis keberangkatan beliau pada hari ini Rabu, 30 Jun. Selama lebih kurang 2 tahun bertugas di sekolah ini, banyak program yang telah dilaksanakan bagi memajukan sekolah. Dengan barisan PK yang sentiasa bersama beliau, memudahkan lagi tugas untuk menjalankan sesuatu program. Sifat keibuan yang disemai kepada warga sekolah membuatkan kami rasa dekat dan senang untuk meluahkan masalah dan kekeliruan. Tambahan pula sikap tanggungjawab yang tinggi amat disenangi dan dihargai oleh semua.



23.6.10

Sehari Bersama Geopark

Pihak LADA telah hadir ke sekolah pada hari Rabu, 23 Jun untuk mengadakan pameran dan penerangan berkaitan Geopark. Pameran yang diadakan antara lain bertujuan untuk memberi maklumat kepada warga sekolah tentang Geopark. Beberapa orang pegawai telah bersama-sama memberikan maklumat dan penerangan kepada murid-murid.

Hari Bertemu Pelanggan


Hari bertemu pelanggan sesi 1 akan diadakan pada 24 Jun 2010, bersamaan hari Khamis. Pada hari tersebut para waris dikehendaki datang ke sekolah untuk menandatangani Rekod Pencapaian anak masing-masing. Pada hari tersebut juga akan diadakan kaunter jualan amal barangan terpakai serta kaunter-kaunter bank. Antara bank yang akan hadir ialah Tabung Haji dan Bank Simpanan Nasional.

3.6.10

Cuti Penggal Pertama


Sekolah akan bercuti selama 2 minggu mulai 04 Jun hingga 19 Jun 2010. Cuti Penggal pertama ini sememangnya dinantikan oleh semua orang. Kenapa yee..musim ni ramai la yang adakan kenduri-kendara.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog