30.11.10

Penyata Gaji Online

Guru-guru yang belum lagi membuat penyata gaji online bolehlah melakukannya mengikut panduan di bawah.

1. Klik pada lawan web akauntan negara di http://www.anm.gov.my. Laman di bawah akan muncul. Klik pada e-penyata gaji&laporan.

2. Paparan di bawah akan muncul. Klik pada "pertama kali mendaftar".

3. Lengkapkan segala maklumat di dalam borang yang dipaparkan dalam paparan di bawah ini. Klik "ok" setelah kesemua maklumat diisi selengkapnya.

4. Paparan di bawah akan memaparkan status pendaftaran. Klik penyata gaji - sendiri untuk semakan gaji anda.

Selamat mencuba jaya.

12.11.10

Cemerlang UPSR

Tahniah dan syabas kepada empat wirawati SKNC yang telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2010, Semoga SKNC terus TERSOHOR di persada kejayaan.
Nor Asyikin MansorSofiah HassanKhairatul FarhanaJuliza Azizan

11.11.10

Sekitar Keputusan UPSR


Sehari sebelum keputusan akan keluar, para guru masing-masing tidak senang duduk, memikirkan bentuk keputusan yang akan diterima. Bila tiba hari yang dinantikan ramai melebar senyum memanjat syukur. Boleh juga rupanya murid-murid SKNC pada tahun ini memahat sejarah baru. 4 orang 5A. Syabas dan tahniah kepada unit UPSR, Guru-guru tahun 6, para guru serta murid-murid yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk membentuk perubahan paradigma baru dalam perjalanan kejayaan.

8.11.10

Kem Bina Insan




Kem Bina Insan telah dijalankan selama 2 hari (Rabu & Khamis) bertempat di perkarangan sekolah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sebagai memenuhi program ini. Ianya adalah sebahagian program akhir tahun untuk murid-murid tahun 6.

1.11.10

Program Sekolah Selamat


Unit Sekolah Selamat dan Bimbingan telah menjalankan aktiviti Sekolah selamat yang melibatkan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan AADK Langkawi. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada warga sekolah tentang perkara berkaitan keselamatan dan pencegahannya.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pameran daripada Agensi Kesihatan, Bomba dan Penyelamat serta AADK Langkawi. Pihak Bomba dan Penyelamat juga memberikan ceramah berkaitan Pencegahan kebakaran di sekolah.

Futsal

Pertandingan futsal antara warga sekolah diadakan sebagai pengisian masa berfaedah untuk murid dan guru.

Olahraga Mini 2010


Kejohanan Olahraga Mini 2010 diadakan pada 26 dan 27 Oktober (Selasa dan Rabu). Acara padang telah dijalankan pada petang Selasa bermula pukul 3.30 petang melibatkan acara lompat jauh terbuka, lompat tinggi terbuka dan lontar peluru terbuka. Keadaan cuaca yang baik melancarkan perjalanan acara.

Pada hari Rabu pula dijalankan acara perasmian dan acara balapan. Acara balapan terpaksa ditangguhkan selepas perasmian kerana hujan turun dengan lebatnya.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog