20.4.11

Kejohanan Bola Baling MSSD Langkawi


Telah berlangsung di SMK Ayer Hangat
Pada 19 April 2011
Sekolah telah menghantar dua team, satu team lelaki dan satu team perempuan
Lakaran sejarah:
Berjaya ke peringkat separuh akhir dan seterusnya kedua-dua kumpulan berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan.

Tahniah diucapkan kepada barisan pengurus pasukan, jurulatih, pemain-pemain, barisan pihak pentadbiran serta semua warga sekolah yang memberikan sokongan dalam penyertaan pasukan bola baling pada tahun ini.


Latihan Kebakaran


Latihan kebakaran/kecemasan telah dijalankan pad;
Tarikh : 18 April 2011
Masa : 11. 15 pagi

Loceng kecemasan telah dibunyikan oleh AJK terlibat. Semua murid diarah berkumpul di tempat berkumpul yang dikhaskan. Guru kelas kemudian mengambil kedatangan ahli dan membuat laporan bilangan ahli kepada AJK. Seterusnya PK HEM memberikan taklimat berkaitan latihan yang dijalankan dan memberikan komen tentang perjalanan latihan pada hari ini.

Program Ejaan bahasa Inggeris

18.4.11

Program Anakku Sayang



Program gotong-royong kawasan Surau Al-Huda kali pertama bagi tahun ini telah dilaksanakan hasil kesepakatan semua AJK. Aktiviti pada kali ini lebih tertumpu pada bahagian luar surau. Dalam kesibukan para AJK dengan tugasan lain, namun atas dasar tanggungjawab dan kerjasama maka aktiviti dapat juga dilaksanakan dengan jayanya. Masing-masing tahu peranan dan tugas yang diamanahkan.

10.4.11

Team Bola Sepak


Pasukan bola sepak sekolah telah menyertai pertandingan peringkat daerah. Pasukan ini telah dibimbing oleh jurulatih berpengalaman iaitu Cikgu Saiful Hanif dan Cikgu Yusreem, manakala Cikgu Huzaimi bertindak selaku pengurus pasukan sekolah. Pertandingan ini telah dijalankan di SK Seri Negeri pada dua perlawanan. Disebabkan hujan yang berterusan, untuk perlawanan ke tiga telah dijalankan di padang SK Kuala Teriang.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog