25.2.10

Maulidur Rasul 1431H

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini jatuh pada Hari Jumaat, 12 Rabiul Awal bersamaan 26 Februari 2010. Pelbagai acara peringkat negeri dan kebangsaan telah dirancang untuk memperingati hari kelahiran Junjugan Besar Nabi kita Muhammad S.A.W. Sekolah juga bercuti kerana sambutan tersebut.

19.2.10

Program Anakku Sayang


Program Anakku Sayang yang diadakan pada 18 Febuari 2010 ini adalah kesinambungan daripada program yang telah dijalankan pada tahun lepas. Ianya diadakan atas inisiatif Panitia Pendidikan Islam untuk memberi ruang dan peluang kepada murid-murid yang terpilih, sebagai bimbingan untuk mereka berjaya dalam segala aspek khususnya kerohanian dalam menjalani kehidupan ini secara lebih bermakna.

Pada kali ini, seorang Ustaz daripada warga setempat telah dijemput untuk memberikan ceramah secara santai kepada menti-menti anakku sayang dan juga waris mereka yang dijemput bersama dalam program ini.

Antara objektif program ini ialah untuk membimbing mereka yang lemah dalam pelajaran agar lebih berakhlak mulia dan mempunyai pekerti yang tinggi dalam kehidupan sama ada di sekolah mahupun di rumah.

10.2.10

Pelantikan Pengawas



Majlis pelantikan pengawas bagi sesi 2010 telah diadakan pada hari Ahad, 7 Feb. Majlis ini dilaksanakan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Penyampaian watikah lantikan disempurnakan oleh En. Ku Nazim, Pen. Kanan Pentadbiran. Kemudian bacaan ikrar diketuai oleh adik Mohd Amirul.

3.2.10

Ceramah Alam Sekitar


Satu ceramah berkaitan alam sekitar telah diadakan pada hari Rabu, 3/02/2010. Ceramah ini telah disampaikan oleh pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar Daerah Langkawi. Murid yang terlibat adalah terdiri daripada tahap 2 sahaja iaitu tahun 4, 5, dan 6.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog