24.5.10

Peperiksaan Tengah Tahun

Peperiksaan pertengahan tahun 2010 telah dijalankan pada 24 hingga 27 Mei, 2010. Soalan peperiksaan disediakan oleh guru mata pelajaran mengikut giliran yang telah diagihkan sebelum ini. Peperiksaan ini melibatkan semua mata pelajaran dan tahun.

16.5.10

HaPpY TeAchEr's DaY

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei, iaitu pada hari Ahad. Berbagai aktiviti telah disusun bagi menjayakan majlis ini. "Guru Pembina Negara Bangsa", itulah tema pada tahun ini. Sambutan pada tahun ini merupakan sambutan yang terakhir buat guru besar. Beliau telah mendeklamasikan satu sajak sebagai tanda kenangan buat semua warga sekolah.

15.5.10

Gotong-royong Perdana

Seluruh negara serentak menjalankan program gotong-royong membersih dan menceriakan premis masing-masing.


13.5.10

Kem Bestari Solat

Diadakan pada hari Khamis, 13 Mei 2010

9.5.10

Mother's Day


Ibu, emak, ummi, mak....ntah apa lagi panggilan yang diberikan kepada insan istimewa yang melahirkan kita ke dunia. Segala jasa dan pengorbanan sepanjang menjaga dan membesarkan kita tidak ternilai dengan wang dan harta. Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu. Walau sehebat dan sesenang mana pun kita, ibu adalah insan yang paling berhak untuk mendapat perhatian dan ganjaran daripada kita sebagai seorang anak. Tanpa belaian dan kasih sayang ibu, sudah pasti kita tidak akan ke mana. Sabar seorang ibu dalam mendidik dan membesarkan kita melalui detik-detik zaman kecil amatlah mencabar dan meruntun hati. Bersama-samalah kita merenung dan menghayati lantas menghargai ibu kita walau dengan apa cara sekalipun, asalkan mereka bahagia dan gembira di samping kita. Ingatlah bahawa Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita, maka tiadalah syurga..

3.5.10

Sehari Bersama Polis


Unit Bimbingan Sekolah bersama Kelab Pencegahan Jenayah telah menganjurkan satu program pencegahan jenayah bersama anggota Polis Langkawi. Antara unit polis yang terlibat ialah unit polis trafik, unit narkotik dan unit jenayah daripada balai polis Kuah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah berkaitan jenayah yang terbahagi kepada 2 sesi, dan juga pameran oleh unit-unit yang terlibat.

1.5.10

Ingatan untuk kita

Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi

Tema ini dipilih kerana ia mencerminkan betapa pentingnya peranan warga kerja membudayakan kreativiti dan inovasi dalam usaha merealisasikan transformasi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Kerajaan amat peka dan prihatin dalam merangka dasar-dasar dan strategi demi menjaga kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan rakyat khususnya warga pekerja yang telah banyak menyumbang bakti kepada pembangunan negara.

"Kita sedar kemakmuran dan keharmonian yang dicapai pada hari ini adalah hasil daripada kerjasama erat antara pekerja, majikan dan kerajaan.

"Justeru, semua pihak wajar mengekalkan persefahaman pintar ini sebagai model terbaik negara untuk terus bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- Bernama

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog