26.3.11

Mesyuarat Agung PIBG


Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27 telah diadakan pada:
Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Mac 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Anggun Bestari
Perasmian Oleh : YB. Tn. Hj. Mohd Rawi b. Hj. Abd Hamid
(ADUN Ayer Hangat)
Mesyuarat telah dimulakan pada jam 10.00 pagi, setelah selesai acara ucapan beberapa pihak serta ucapan perasmian. Antara petikan ucapan tersebut ialah;
Ucapan Penasihat; Tuan Guru besar telah menerangkan berkaitan perjalanan sekolah secara sepintas lalu dalam pelbagai aspek. Beliau diakhir ucapan menyatakan hasrat pihak sekolah yang amat memerlukan bantuan untuk menambahbaikkan padang sekolah yang kecil dan kurang sesuai untuk aktiviti murid.

Ucapan YDP PIBG sesi 10/11; Tn. Hj. Abu Bakar b. Abdullah telah menyatakan hasrat beliau untuk berundur dari jawatan yang telah sekian lama disandang. Dikesempatan itu juga beliau memohon kemaafan daripada semua sekiranya telah melakukan kesilapan semasa menjalankan tugas tersebut. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah banyak memberikan sokongan dan kerjasama kepada PIBG.


25.3.11

Kem Motivasi Pengawas


Telah diadakan pada:
22 hingga 24 Mac 2011
Tempat : Pusat Kokurikulum Ewa
Aktiviti :
- Pengucapan Awam
- Kuliah agama
- Kembara Malam

10.3.11

Paluan Berundur



Majlis Persaraan Cikgu Ku Nazim telah diadakan pada:

10 Mac 2011
Khamis
8.30 pagi
Perkarangan SKNC
Tetamu yang hadir:
Pegawai PPD
Guru yang telah bertukar
Wakil PIBG

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog