31.12.09

Guru pindah masuk/keluar


Azam baru


Tahun 2010 telah mengambil tempat menggantikan 2009. Semua kita sibuk menyatakan pasal azam dan cita-cita sempena kehadiran tahun baru ini. Namun jika diimbas kembali, berapa ramaikah antara kita yang telah mencapai azam yang ditanam setiap kali tahun baru..Sama-samalah kita muhasabah diri, bukan sibuk menunding jari...

Sekapur sireh, Seulas Bicara



Selamat datang ke Blog SK. Nyior Chabang, Langkawi. Semoga pelayaran anda membawa rahmat untuk semua. Bersamalah kita menyumbang sesuatu yang bermanfaat. Kemunculan teknologi yang semakin pantas dan pelbagai menjadikan kita terkebelakang andainya kita tiadak bersama-sama merebutnya.

29.11.09

Pentadbiran

Carta Organisasi SKNC sesi 2010

29.10.09

Perihal Sekolah

Lencana Sekolah

Buku yang terdapat pada lencana melambangkan pembudayaan ilmu yang diterapkan di kalangan warga sekolah. Pokok pula mewakili persekitaran sekolah yang menghijau. Bikar dan tabung uji melambangkan kepentingan subjek sains dalam kehidupan. Moto "Berilmu Berusaha Berjaya" pula menjadi tonggak kepada penyatuan warga sekolah.


Nama: Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang
Kod sek: KBA6021
No. Tel: 049555306
Fax: 049555306
Email: sknclangkawi@yahoo.com.my
Poskod: 07000
Alamat: Sek. Keb. Nyior Chabang, Mukim Bohor Langkawi, Kedah Darul Aman
Katogeri: Luar Bandar
Jum. Guru: 30 orang (13 lelaki, 17 perempuan)
Jum. Murid: 396 orang
Sesi: Pagi sahaja
Bil. Kelas: 15 (termasuk 2 kelas Prasekolah, 1 kelas Pemulihan Khas)

Lagu Sekolah
Berilmu berusaha jaya

Matlamat kami semua
Dalam mengejar cita
Tuju hari muka
Sknc
Berusaha jaya
Mendidik anak bangsa
SKNC
Teruslah usaha
Bimbing warisan kita
Mendidik berusaha jaya
Merdeka mara ke depan
Membina insan mulia
Tuju era jaya
Tuju era jaya

Visi
SEKOLAH KEBANGSAAN NYIOR CHABANG AKAN MENJADI SEKOLAH TERSOHOR DI LANGKAWI PADA TAHUN 2015.

Misi
MEREALISASIKAN IKLIM P&P YANG MEMBERANGSANGKAN DAN BERKESAN. P&P YANG BERKUALITI, PRESTASI CEMERLANG DAN TERBILANG, BERINOVATIF, KREATIF DAN KRITIS. SILATURAHIM YANG SENTIASA ERAT. INFRASTRUKTUR SEMPURNA DAN SELAMAT.

Piagam Pelanggan
MELAYAN DENGAN PENUH MESRA, CEPAT DAN TEPAT, MEMBERI SUMBANGAN KE ARAH KEMAJUAN SERTA PERKEMBANGAN MURID DAN SEKOLAH.

27.9.09

Prasarana Sekolah


Sebuah Pusat Sumber yang ceria dan kondusif untuk menelaah pelbagai bahan sumber. Dengan ketekunan dan ambil berat guru media menjadikan pusat sumber ini ceria dan kemas. PSS ini juga dijadikan bilik untuk bermesyuarat.


Satu ruang pejabat guru yang dilengkapi dengan penghawa dingin, juga kemudahan internet tanpa wayar yang meliputi seluruh ruang pejabat ini. Para guru mempunyai sudut masing-masing sebagai tempat rehat selepas tamat kelas. Sebarang maklumat juga akan disebarkan bermula di sini. Dengan adanya pengurusan yang mantap menjadikan pejabat guru ini kemas dan ceria dengan susun atur meja dan kelengkapan lain yang teratur dan enak mata memandang.


Ruang kantin yang agak selesa untuk warga sekolah menikmati hidangan dan minuman pada waktu rehat dengan pelbagai aneka menu disediakan. Penambahan kawasan makan murid juga menjadikan kantin lebih selesa dan damai ketika menikmati makanan. Penjagaan kebersihan yang berterusan juga banyak menyumbang kepada keseriaannya.



Sebuah makmal komputer fasa 3 yang dilengkapi dengan kemudahan internet. Menempatkan 12 buah unit komputer. Sekolah ini juga telah dipilih sebagai sekolah angkat pihak GITN, dan terdapat seorang penyelaras PGS yang membantu sekolah dalam hal berkaitan software dan hardware komputer.



Sekolah ini baru sahaja mendapat sebuah bangunan surau yang disumbang oleh pihak LADA, yang pembinaannya siap dan boleh digunakan sepenuhnya pada tahun 2009. Pada tahun 2009 juga surau ini telah dicalonkan sebagai surau contoh sekolah negeri Kedah. Pegawai yang terlibat daripada JPN Kedah telah datang membuat pemantuan dengan melihat daripada pelbagai aspek. Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua warga sekolah telah berusaha sedaya mungkin untuk menjadikannya lebih berfungsi dan menyumbang manfaat kepada semua.

26.8.09

Warga sekolah 2010

Senarai guru SKNC 2010



En. Baihaki Wahab
Guru Disiplin, Guru Matematik
Mana pi bapaknya ni kesian kat mak dia...
Pastu kat sini ko masukkan coding... kalau takmo buh coding pun takpe.. nak buh ayat2 cinta pun okeyyy.. =P

7.7.09

Dedikasi buat Bonda GB





Bonda guru besar telah berkhidmat di SKNC sejak Julai 2008, menggantikan Ku Abdullah. Beliau dinaikkan pangkat daripada PK Kurikulum SK Kelibang.

1.7.09

Tinta Guru Besar


Assalamualaikum w. b. t. dan selamat sejahtera buat semua.
Terlebih dahulu , marilah kita semua panjatkan kesyukuran kepada Allah, kerana dengan taufik dan hidayahnya, maka Portal rasmi sekolah ini dapat dibina dengan jayanya. Terima kasih juga kepada team Blogmaster yang begitu berkomitmen dan rajin dalam menghasilkan semua ini. Semoga Portal ini sentiasa dikemaskini dan selalu aktif dalam mengeluarkan bahan berita dan maklumat untuk dimanfaatkan oleh semua. Kepada warga sekolah yang lain, mereka dialu-alukan untuk memberikan sumbangan apa jua bentuk untuk disiarkan di portal ini. Mudah-mudahan usaha murni ini menjadi titik tolak kepada perubahan iklim sekolah ke arah yang lebih baik dan cemerlang, sesuai dengan motto sekolah SKNC tersohor pada tahun 2015. Bersatu Teguh Bercerai Kita Roboh, sekian terima kasih.

6.3.09

Candid Foto


Letihnya kawan kita ni .... belajar punya pasal...

1.3.09

22.2.09

Anakku Sayang



Mai la kita pakat tengok dan jaga anak-anak ini.....Kita sebagai ibu bapa seharusnya melentur anak-anak ini dengannnn...Kami warga sekolah berharap para waris bersama-sama.....

Pemantau Surau Sekolah


Pemantaun surau sekolah oleh pihak JPN Kedah pada September 2010

20.2.09

Merentas Desa 2010


Saya dah kata rumah saya pasti menang punya!!

Pegawai chek point yang kacak dan bergaya......

Depa ni lari tak buat senaman dulu ke.... pah ni pitam baru susah aku...

Tak larat dah cettt nak sorakk kat depa ni...... lari macam semut jee

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog