19.10.10

Latihan sukan


Bermula pada 4 Oktober yang lalu, rumah-rumah sukan telah mula melakukan latihan masing-masing bagi membuat persiapan menghadapi sukan olahraga pada 26 dan 27 Oktober ini. Pemilihan wakil rumah bagi setiap acara juga sedang giat dilakukan.

Ketua-ketua rumah juga menyusun strategi untuk mengalahkan rumah lain. Matlamat juara menjadi idaman semua. Murid-murid juga begitu bersemangat menjalani latihan yang diadakan. Diharapkan semua ahli rumah dapat menghadapi kejohanan ini dengan semangat kesukanan.

18.10.10

Peperiksaan Akhir Tahun




Peperiksaan UPTL dan akhir tahun bermula pada:

Isnin / 18 Oktober sehingga 21 Oktober 2010

Melibatkan semua tahap

15.10.10

Kem Akil Baligh




Panitia Pendidikan Islam dengan Kerjasama Unit Bimbingan serta Unit UPSR telah menganjurkan Kem Akil Baligh bagi murid-murid tahun 6. Kem ini telah diadakan pada hari Khamis 14 Oktober bertempat di perkarangan sekolah. Penceramah daripada SMK Tunku Putera dan Jabatan Kesihatan Padang Matsirat telah turut sama menjayakan Kem ini. Walaupun dengan kepadatan masa dan tenaga, namun dengan semangat kerjasama dan ambil berat semua warga sekolah telah menlancarkan perjalanan program ini hingga akhirnya.

Para murid juga mendapat pendedahan yang berguna dalam aspek-aspek tertentu. Antara pendedahan yang diberi adalah dari segi perubahan tingkah laku serta fizikal, cara mandi hadas, aspek kerohanian dan beberapa perkara lain yang menjadi asas penting menjelang keremajaan seseorang.

Semoga dengan terlaksananya program ini, murid-murid dapat menyediakan diri masing-masing secara lebih baik dalam menghadapi kehidupan seharian.

Lawatan Anakku Sayang


Program Anakku Sayang pada tahun ini sampai ke kemuncaknya. Sejak mula dibentuk sehingga kini pelbagai aktiviti dan usaha telah dilakukan untuk murid-murid yang terlibat. Dengan perancangan dan pemantauan berterusan daripada para mentor untuk mendidik mereka ke arah yang lebih baik sepanjang masa. Selain program yang dijalankan di sekolah, para mentor juga telah membawa mereka keluar melihat suasana luar sebagaimana yang telah dilakukan pada hari Isnin yang lalu.

8.10.10

Resepi Murid


Murid-murid tahun 6 menunjukkan bakat masing-masing memasak berbagai menu. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada pengisian mereka selepas UPSR. Terdapat tujuh kumpulan murid yang menyertai aktiviti ini dengan diawasi/dibimbing oleh para guru. Semua murid menunjukkan kerjasama dan penyertaan yang menggalakkan sepanjang aktiviti ini berjalan. Pelbagai menu masakan dipersembahkan dengan kretiviti masing-masing.

Selesai memasak, mereka kemudian menikmati juadah masing-masing serta semua warga sekolah dijemput bersama merasai kelazatan air tangan mereka. Sepanjang aktiviti ini, mereka juga dinilai dalam pelbagai katogeri untuk memilih juara terbaik antara kumpulan.

Sesungguhnya mereka punya bakat dan keupayaan yang baik dalam setiap bidang sekiranya sentiasa diasah dan diberi peluang serta ruang yang secukupnya. Syabas dan tahniah kepada semua pihak terlibat.

4.10.10

Sambutan Hari Raye



Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada hari Ahad, 3 Oktober. Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi. Murid-murid telah disusun mereka kelas masing-masing dengan membawa kuih raya yang masih ada. Berbagai hidangan kuih raya dapat dirasai oleh warga sekolah.

Selain itu, murid-murid juga diberikan sedikit jaudah dari pihak sekolah untuk dinikmati sebagai ganti makanan waktu rehat mereka. Dengan berpakaian baju raya, pelbagai fesyen digayakan ditambah dengan senyuman yang sentiasa menguntum di bibir masing-masing.

Para guru juga disediakan pelbagai jaudah hasil sumbangan pelbagai pihak. Keenakan satay ayam, ketupat dan beberapa menu lain membuatkan rasa gembira dan seronok meraikan bulan Syawal.

Terima kasih kepada semua warga SKNC yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Jumpa lagi ditahun hadapan, Insyaallah.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog