30.6.10

Lambaian Terakhir

Numbered List
Hari ini, 30 Jun 2010, berakhirnya perkhidmatan Puan guru besar Che Sanah bt. Mohd Shariff sebagai seorang guru di Sekolah ini. Setelah berkhidmat dalam bidang pendidikan lebih kurang 34 tahun 5 bulan. Pihak sekolah dengan rasa kehilangan seorang pemimpin yang berdedikasi telah mengadakan majlis keberangkatan beliau pada hari ini Rabu, 30 Jun. Selama lebih kurang 2 tahun bertugas di sekolah ini, banyak program yang telah dilaksanakan bagi memajukan sekolah. Dengan barisan PK yang sentiasa bersama beliau, memudahkan lagi tugas untuk menjalankan sesuatu program. Sifat keibuan yang disemai kepada warga sekolah membuatkan kami rasa dekat dan senang untuk meluahkan masalah dan kekeliruan. Tambahan pula sikap tanggungjawab yang tinggi amat disenangi dan dihargai oleh semua.



Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog