23.3.10

Pertarungan bermula

Pasukan bola sepak sekolah akan berentak melawan SK. Kedawang pada petang ini (Selasa, 23.3.2010) di padang Sk. Ewa dalam peringkat kumpulan. Pasukan yang telah dibimbing oleh jurulatih berpengalaman iaitu Cikgu Saiful Hanif dan gandingannya Cikgu Yusreem dengan dikuatkan lagi oleh kehadiran Cikgu Baihaki, pastinya akan memberikan satu kejutan buat semau. Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada warga sekolah terutamanya Guru Besar dan PK KOKO tentunya menambahkan lagi semangat para pemain untuk bermain dengan semangat yang jitu. Kata-kata jurulatihnya "Kita akan berjuang walau ke titisan peluh terakhir sehingga kejuaraan berada dalam genggaman".

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog