9.1.09

Mutiara SKNC

Menghimpunkan pelbagai hasil karya cetusan idea warga SKNC

Karya 1

Satu
Semalam aku merangkak mengejar mentari yang cahayanya bersinar
menurut kata hati yang tanpa arah tuju yang jitu
kerana menurut kata hati juga membuatkan aku terjatuh
dalam kegelapan yang cahayanya amat samar
Dalam rasa simpati dan dengki kita sering dihambat keegoan
yang mengekori kita saban waktu dan ketika
bosan dan cemburu melihat kejayaan orang
lantas cuba mencantas walau tangan tak sampai
Ke mana hilangnya pertimbangan sebagai insan berbudi mulai
menjadi hamba pada yang esa
jika sentiasa beradu domba
mencari silap dan salah sesama kita

Sekolahku
Tersergam indah di pasak bumi
menabur ilmu untuk semua
walau letakmu di pinggir desa
namamu mengharum serata desa

bukan kerana nama gahnya kita
tapi amalan hidup menjadi ukuran
menimba ilmu wahai bangsaku
sebagai bekalan di hari muka

SKNC akan tersohor
jeritan keramat kita laungkan
moga harapan menjadi kenyataan
bukan angan-angan yang segaja dicanang

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog