9.5.10

Mother's Day


Ibu, emak, ummi, mak....ntah apa lagi panggilan yang diberikan kepada insan istimewa yang melahirkan kita ke dunia. Segala jasa dan pengorbanan sepanjang menjaga dan membesarkan kita tidak ternilai dengan wang dan harta. Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu. Walau sehebat dan sesenang mana pun kita, ibu adalah insan yang paling berhak untuk mendapat perhatian dan ganjaran daripada kita sebagai seorang anak. Tanpa belaian dan kasih sayang ibu, sudah pasti kita tidak akan ke mana. Sabar seorang ibu dalam mendidik dan membesarkan kita melalui detik-detik zaman kecil amatlah mencabar dan meruntun hati. Bersama-samalah kita merenung dan menghayati lantas menghargai ibu kita walau dengan apa cara sekalipun, asalkan mereka bahagia dan gembira di samping kita. Ingatlah bahawa Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita, maka tiadalah syurga..

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog