Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi
Tema ini dipilih kerana ia mencerminkan betapa pentingnya peranan warga kerja membudayakan kreativiti dan inovasi dalam usaha merealisasikan transformasi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
"Kerajaan amat peka dan prihatin dalam merangka dasar-dasar dan strategi demi menjaga kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan rakyat khususnya warga pekerja yang telah banyak menyumbang bakti kepada pembangunan negara.
"Kita sedar kemakmuran dan keharmonian yang dicapai pada hari ini adalah hasil daripada kerjasama erat antara pekerja, majikan dan kerajaan.
"Justeru, semua pihak wajar mengekalkan persefahaman pintar ini sebagai model terbaik negara untuk terus bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- Bernama