Mesyuarat kali ini telah diadakan pada hari Jumaat 26 Mac 2010, bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Anggun Bestari. Walaupun kehadiran ahli kurang kerana pada hari tersebut terdapat kematian di Kg. Nyior Chabang, tetapi mesyuarat dapat dilaksanakan dengan lancar dan muafakat. Kata putus tentang sesuatu isu dapat dijelaskan dengan sebaiknya. YDP juga tidak dapat hadir pada hari itu dan mesyuarat dipengerusikan oleh NYDP iaitu saudara Hj. Azmi Ramjan.