Keputusan UPSR 2011 yang diumumkan pada 17 November, menyerlahkan keputusan yang agak baik, namun berlaku sedikit penurunan pada peratusnya. Walaupun hanya seorang calon yang memperolehi keputusan 5A, tetapi kualiti calon yang lain juga agak baik dan memberansangkan. Pelbagai reaksi dapat dilihat pada hari pengumuman tersebut berlangsung. Sedih dan tangis silih berselang antara calon-calon kerana tidak mendapat keputusan yang sebagaimana yang diimpikan.
17.11.11
15.11.11
Bantuan RM100
Pemberian bantuan RM100 telah dilaksanakan pada 15 November 2011. Semua murid telah menerima bantuan tersebut melalui waris masing-masing. Guru Besar dalam ucapan ringkasnya telah memohon kerjasama para waris agar dapat membelanjakan duit tersebut dengan sebaik-baiknya untuk manfaat anak-anak masing-masing. Semoga dengan pemberian tersebut dapatlah meringankan bebenan perbelanjaan persekolahan yang akan bermula awal Januari 2012 nanti.
14.11.11
Jamuan Akhir Tahun Staf SKNC
Badan Kebajikan Guru dan Staf telah menganjurkan majlis jamuan Akhir Tahun untuk semua staf SKNC 2011 bertempat di Awana Portomalai.Selain daripada menjamu selera dengan menu yang ditempah, pelbagai cenderamata juga telah disediakan untuk semua staf. Beberapa cabutan bertuah juga disediakan. Guru Besar juga telah melahirkan rasa bangga dan seronok dengan kejayaan penganjuran majlis tersebut. Dalam ucapan ringkasnya juga beliau berharap agar majlis sebegini dapat diteruskan untuk merapatkan hubuingan kerjasama dan kekeluargaan yang lebih erat di kalangan staf.
2.11.11
24.10.11
5.10.11
3.10.11
Lawatan ke BuffloPark
Murid-murid tahun 6 berserta guru-gurunya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke BuffloPark. Semua peserta lawatan hanya berjalan kaki sahaja ke tempat lawatan. Jarak tempat lawatan yang berhampiran sekolah memudahkan kawalan guru pengiring di samping dapat menikmati suasana kampung sepanjang laluan yang dilalui. Para peserta berpeluang menaiki kerbau yang disediakan serta dapat merasai ais krim daripada susu kerbau yang tentunya segar dan lazat.
14.9.11
Peperiksaan UPSR 2011
Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun 6. Semoga anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang dan berhati-hati. Guru-guru tahun 6 telah bertungkus lumus memberikan segala teknik dan ilmu dalam menjawab soalan-soalan, latih tubi yang berterusan juga telah dilakukan sepanjang persekolahan. Selamat berjuang kepada semua murid tahun 6. Kami warga SKNC mendoakan kejayaan anda semua.
8.9.11
Sambutan Aidilfitri 2011
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 bagi warga sekolah telah diadakan pada hari Khamis, 8 September 2011 bermula pukul 11 pagi sehingga 12 tengahari. Jamuan guru pula dilaksanakan sebelum jamuan murid. Ini untuk memberi peluang untuk guru memantau jamuan murid di dewan. Dengan pelbagai jaudah makanan yang amat menyelerakan sedia terhidang untuk santapan mulut. Jamuan ini diselang seli dengan persembahan pakaian paling anggun dan menarik tidak ketinggalan juga persembahan nyanyian oleh murid-murid dan guru-guru yang mempersembahkan pelbagai lagu raya.
Majlis ini berakhir jam 12.45 tengahari. Sebelum pulang, murid-murid dan guru-guru mengemaskan kembali dewan dengan bersih dan menyusun kembali kerusi dan meja yang telah digunakan.
4.9.11
Majlis Berbuka Puasa Warga SKNC
Buat julung-julung kalinya pihak sekolah telah berjaya merealisasikan majlis berbuka bersama ahli keluarga masing-masing di sekolah. Walaupun agak ringkas dan persediaan yang pendek tetapi semuanya dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Kerjasama daripada semua warga sekolah dan keluarga masing-masing amat baik. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih ceria, seronok dan bermakna.
2.8.11
Program Ihya' Ramadhan
Program anjuran Panitia Pendidikan Islam iaitu Ihya' Ramadhan pada tahun ini telah diadakan pada hari Selasa, 2 Ramadhan bersamaan 2 Ogos 2011. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Tarmizi dari SK Padang Matsirat untuk menyampaikan ceramah berkaitan kelebihan Ramadhan. Program ini sedikit sebanyak meningatkan kembali perkara-perkara yang berkaitan kelebihan, batal, makruh serta kebesaran dan keberkatan yang terdapat di dalam bulan ini. Program ini berlangsung selama 2 jam. Selepas itu para pelajar menyambung kembali pelajaran di kelas masing-masing mengikut jadual pada hari tersebut.
31.7.11
Salam Ramadhan 1432H
Puasa (bahasa Arab:
صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada
segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum
untuk suatu jangkamasa tertentu.
Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan buat semua umat Islam. Semoga puasa kita pada tahun ini menjadi puasa yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Puasa
ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan
yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah
terbenam matahari. Umat Islam
juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata
buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa
merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak
ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan
menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan
kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke
bulan-bulan berikutnya. Dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa
Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan buat semua umat Islam. Semoga puasa kita pada tahun ini menjadi puasa yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)