27.2.11

Sambutan Maulidur Rasul



Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H telah dlaksanakan dengan jayanya pada:
Sabtu 23 Rabiul awal 1432H/26 Feb. 2011
Program :
- Perarakan warga sekolah bersama ahli kariah Masjid Darussalam
- Ceramah oleh Ustaz Tuan Hj. Ayob Hj. Saman - JPN Kedah

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.Add Image

25.2.11

Pra Maulidur Rasul


Guru rumah sukan masing-masing sibuk menyiapkan sepanduk yang akan digunakan dalam perarakan sambutan Maulidur Rasul pada hari Sabtu ini. Pelbagai corak rekaan sepanduk dihasilkan oleh para guru.

Setiap rumah menghasilkan satu sepanduk. Ianya akan dipertandingkan dalam katogeri sepanduk terbaik nanti.

Semangat kerjasama yang tinggi ditunjukkan oleh para guru dalam menghasilkan rekaan ini menimbulkan satu suasana pertandingan yang positif.

19.2.11

Larian Pak Ku

Larian Pak Ku telah diadakan pada:
Sabtu, 19 Februari 2011
Masa : 8.30 pagi
Peserta : Semua murid tahun 1 hingga 6 (yg. mendapat kebenaran waris)
Terbahagi kepada 3 laluan larian mengikut tahap
Petugas : Semua guru dan kakitangan sekolah
Tamat : 10.45 pagi
Penyampaian hadiah : Pak Ku

:: Terima kasih kepada semua warga SKNC yang menjayakannya ::

14.2.11

Maulidur Rasul



Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.

12.2.11

Motivasi Anakku Sayang


Majlis Motivasi Anakku Sayang telah diadakan pada:
Hari : Jumaat
Tarikh : 8 Rabiulawal 1432 Hijrah bersamaa 11 Februari 2011
Tempat : Surau Al-Huda SKNC
Peserta : Semua Menti Anakku Sayang, Mentor-mentor, Waris menti
Jemputan : Yang Berbahagia Ustaz Abib (SK Seri Negeri), Yang Berbahgia Tuan Imam Masjid Darussalam, Ismail Naseh.
Turut menjayakan : Tuan Guru Besar SKNC, En. Amran Ahmad, PK Kokurikulum Pn. Zamilah Hj. Sidik serta semua AJK Program Motivasi Anakku Sayang

Aktiviti :
1- Ucapan Guru Besar
2- Ceramah
3- Bacaan Doa penerang hati
4- Ikrar Menti, Ikrar guru, Ikrar waris
5- Memperkenalkan Mentor dan menti
6- Membasah badan menti oleh para waris
7- Majlis bersurai

10.2.11

Tazkirah



Tazkirah pertama telah dilaksanakan pada:
Hari : Rabu
Tarikh : 09/02/2011
Masa : 1.20 petang
Tempat : Bilik j-QAF
Penyampai : Ustaz M. Shahrunnizam Sulaiman
Tajuk : Tipu daya syaitan terhadap manusia
Intipati tazkirah : Syaitan merupakan musuh bagi orang Islam yang paling bahaya. Ia akan berusaha sedaya upaya dengan segala taktik dan strategi supaya umat Islam akan tergelincir akidah dan pegangannya. Syaitan akan datang kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk godaan, berpura-pura alim, baik dan seumpamanya demi menjayakan matlamat hasutannya. Umat Islam dituntut supaya banyakkan Berzikir, Beristigfar dan Menuntut ilmu agama bagi melawan dan mencegah tipu daya syaitan.

Program anakku sayang



Program anakku sayang akan diteruskan pada tahun ini. Ia merupakan kesinambungan daripada tahun lepas. Mesyuarat pertama telah pun dijalankan.

Latihan sukan



Latihan persediaan merentas desa telah dimulakan bagi semua rumah.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog