21.9.10

Bermulanya pertarungan murid tahun 6

Hari ini murid tahun 6 seluruh negara akan menduduki peperiksaan UPSR. Tidak terkecuali murid SKNC. Seramai 70 orang calon akan menghadapi soalan Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan serta Matematik pada hari pertama ini. Dengan persiapan yang telah dijalankan oleh guru-guru dan semua murid tahun 6, diharapkan calon-calon pada tahun ini mampu membawa satu perubahan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Selamat Maju Jaya kepada semua tahun 6.

19.9.10

Selamat kembali ke sekolah

Ahad-19.9.2010, Sesi persekolahan selepas raya Aidilfitri kembali diteruskan. Suasana kemeriahan hari raya mungkin sudah berkurang, tetapi mood raya masih terasa. Perhimpunan rasmi pagi Ahad diteruskan. Dengan persiapan murid tahun 6 untuk UPSR semakin genting. Apa-apa pun kerja harus diteruskan. Tugas mesti diselesaikan, amanah mesti ditunaikan.

11.9.10

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua warga SKNC dan para pelayar yang pernah singgah di Portal ini. Mohon kemaafan atas segala kesalahan dan keterlanjuran yang tidak disengajakan. Semoga Ramadhan lalu mampu mendidik kita untuk lebih mengkoreksi diri berubah paradigma yang biasa-biasa kepada yang tidak biasa. Bersama kita lenyapkan kekeliruan jiwa, kecelaruan minda demi sebuah perubahan yang positif. Sempena kedatangan hari kemenangan untuk kita semua ini, janganlah ada dalam jiwa sanubari rasa bangga dan sombong dengan apa yang kita ada sekarang, kerana ianya hanya dipinjamkan untuk seketika, tiba masanya Yang Esa akan mengutip ianya kembali daripada kita. Tiada apa yang tinggal nanti, yang pasti amal bakti yang akan menemani.

Berlalunya Ramadhan

Pejam celik, pejam celik dah sebulan berlalu kita umat Islam menjalani ibadah puasa. Rasanya terlalu singkat Ramadhan kali ini menjenguk kita.

1.9.10

Majlis Khatam Al-Quran




Rabu, 1 Ogos 2010- Majlis Khatam Quran peringkat sekolah telah dijalankan dengan jayanya. Majlis ini bermula pada pukul 9.45 pagi. Selepas sedikit kata aluan daripada PK 1, Tuan Imam seterusnya mengambil alih majlis dengan mengetuai bacaan Al-Quran, dengan iringan warga sekolah.
Selesai Khatam Quran, majlis diteruskan dengan alunan bacaan Al-Quran dan pertandingan nasyid yang dibimbing oleh mentor-mentor masing-masing.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog