31.1.10

Merentas Desa




Merentas desa bagi tahun ini telah diadakan pada hari Khamis, 28/01/2010. Dipecahkan mengikut kelas dan jarak larian yang berbeza. Larian bermula pada pukul 9.15 pagi untuk kelas 1 dan diikuti oleh kelas-kelas yang lain. Selesai acara pada pukul 11.45 tengahari. Semua murid yang mengambil bahagian telah mendapat persetujuan waris. Para guru telah ditugaskan mengikut posisi masing-masing antaranya check point, penamat, dokumentasi, kecemasan dan sebagainya. Acara ini berjalan lancar dengan mendapat bantuan dari pihak polis Kuala Teriang untuk mengawal lalu lintas sepanjang kejohanan berlangsung.

27.1.10

Perjumpaan Waris Tahun 6

Perjumpaan waris bagi murid-murid tahun 6 telah diadakan bertempat di Dewan Anggun Bestari, pada 27 Januari, jam 9.00 pagi. Puan Guru Besar telah memberikan ucapan dan maklumat berkaitan perjalanan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan bagi murid-murid tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Semua murid juga membaca ikrar masing-masing dengan disaksikan para waris dan guru tahun 6. Diharapkan dengan adanya perjumpaan ini menjadi titik tolak kepada kecemerlangan murid-murid pada tahun ini.

24.1.10

Aktiviti Kokurikulum


Perjumpaan kali pertama kelab/persatuan bagi sesi 2010. Pembahagian ahli unit dan juga mesyuarat jawatankuasa untuk pemilihan jawatan diadakan. Semua guru penasihat terlibat dalam perjumpaan ini. Terdahulu setiausaha sukan, En. Rodziman membuat pengagihan baru bagi murid tahun 4 dan juga murid baru. Semua kelab/persatuan kemudian membuat perlantikan bagi setiap jawatankuasa masing-masing. Guru pemimpin membimbing murid-murid dalam membuat perlantikan bagi setiap jawatan dengan cara undian.

20.1.10

Latihan Sukan


Pada minggu ke-3 akan bermula latihan sukan bagi setiap rumah. Bermula pada hari Isnin, rumah Merah, Selasa rumah Biru, Rabu rumah Hijau dan Khamis rumah Kuning. Latihan akan bermula pada jam 5.30 petang. Setiap hari hanya satu rumah sahaja yang akan menjalani latihan.

19.1.10

Senarai kejayaan

Antara kejayaan yang telah dicapai

Sukan/Permainan

Senarai sukan & permainan 2011

Kelab/Persatuan

Senarai Kelab & Persatuan 2011

Unit Beruniform





Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Guru Penasihat :
En. Arif Effendi Mohd Husni (K)
En. Mohd Azmi Ngah
En. Mohd Yusreem Hj. Yahaya
En. Rodziman Hj. Osman
En. Saiful Hanif Hassan
En. Ku Nor Pazli Ku Putra
En. Mohd Radzi Md. Isa
Pn. Mahani Ngah
Pn. Nurul Hazwani Md. Arof
Pn. Norzuraidah Moslim

:: Pautan TKRS ::
Link 1


Pengakap


Guru Penasihat:
Pn. Tahirah Ghazali (K)
Pn. Noor Hanita Ishak
Pn. Aliana Shofni Mohd Zainuddin
En. Said Saad
En. Baihaki Wahab
En. Mohd Huzaimi Nadzari
En. Mohd Shahrunnizam Sulaiman


Puteri Islam

Guru Penasihat:
Pn. Rosni Hamdan (K)
Pn. Zaliha Badrus
Pn. Salmah Ismail
Pn. Mariam Saad
Pn. Norni Saad
Pn. Hasliza Abu Hasmi
Pn. Norita Mohd Rashid
Cik Khairul Hana Basri

Carta Organisasi

Unit Kokurikulum 2011

12.1.10

Pengagihan rumah sukan 2010


Pengagihan rumah sukan bagi sesi 2010 telah dibuat pada hari Rabu minggu pertama. Serentak dengan itu juga perlantikan Jawatankuasa telah diadakan mengikut rumah masing-masing. Guru-guru pembimbing telah menerangkan beberapa perkara berkaitan aktiviti sukan bagi tahun 2010.

Sesi 2010


Persekolahan untuk sesi 2010 kali ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Proses P&P pada hari pertama dapat dijalankan tanpa banyak gangguan dan permasalahan.

11.1.10

Visi dan Misi

VISI

SEKOLAH KEBANGSAAN NYIOR CHABANG AKAN MENJADI SEKOLAH TERSOHOR DI LANGKAWI PADA TAHUN 2015.

MISI

MEREALISASIKAN IKLIM P&P YANG MEMBERANGSANGKAN DAN BERKESAN. P&P
YANG BERKUALITI, PRESTASI CEMERLANG DAN TERBILANG, BERINOVATIF, KREATIF DAN KRITIS. SILATURAHIM YANG SENTIASA ERAT. INFRASTRUKTUR SEMPURNA DAN SELAMAT.


MOTO SEKOLAH

" SEPAKAT MEMBAWA BERKAT "

8.1.10

Lagu Sekolah

Berilmu berusaha jaya
Matlamat kami semua
Dalam mengejar cita
Tuju hari muka

Sknc

Teruskan usaha
Mendidik anak bangsa

Sknc

Teruskan usaha
Membimbing warisan cita
Mendidik berusaha jaya
Matlamat kami semua
Dalam mengejar cita

Tuju era jaya
Tuju era jaya

2.1.10

Pendaftaran Tahun 1 & Prasekolah



Kemasukkan keTahun 1, sesi 2010 telah dibuat pendaftaran pada 31 Disember 2009. Pendaftaran ini serentak dengan kelas Prasekolah.

1.1.10

Bulan kecergasan






Aktiviti sempena bulan kecergasan peringkat sekolah. Aktiviti senam robik dijalankan dengan pimpinan guru sukan dan juga jemputan dari luar.

Nuffnang Ads

Langganan

.:Penafian: Pihak SKNC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa melayari portal ini.....

page

Search This Blog